My Add

Friday 15 March 2013

'Tembak mereka sampai mati'

LAHAD DATU, KHAMIS, 14 Mac, 2013: “Tembak sahaja mereka sampai mati," kata seorang penduduk Kampung Batu-Batu di sini, Azman Buyong yang membantu polis berunding dengan pengganas Sulu sebelum mereka membunuh dua anggota pasukan keselamatan negara pada 1 Mac lalu.

Dengan muka merah padam sambil menggenggam penumbuk, warga emas itu menegaskan bahawa sekiranya pengganas itu tidak dihapuskan mereka akan membawa musibah yang lebih besar terhadap negara.

“Saya geram kerana mereka membunuh anggota pasukan keselamatan negara yang langsung tidak melakukan kesalahan terhadap mereka," katanya yang berhijrah dari Kepulauan Sulu, Filipina ke Sabah sejak 36 tahun lalu dan merupakan antara individu pertama membuka perkampungan itu yang terletak berhampiran Felda Sahabat.

Dalam pada itu, dia yang telah mendapat taraf penduduk tetap (PR) menafikan kedatangan pengganas Sulu berpunca daripada layanan buruk Malaysia terhadap penduduk yang berasal dari negara jiran itu.

“Ini bukan soal Najib (Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak). Kerajaan telah menjaga kita dengan baik," katanya. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment