My Add

Wednesday 13 March 2013

Tentera lakukan pengorbanan paling tinggi - Mustapa

Oleh RODELIO JUNJUN TAUCAN
PASIR MAS, RABU, 13 Mac, 2013: Berjuang di medan perang bagi mempertahankan agama, bangsa dan negara dengan mempertaruhkan nyawa sendiri adalah pengorbanan paling tinggi yang mampu dilakukan oleh seseorang individu.

Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Kelantan, Datuk Seri Mustapa Mohamed berkata, pengorbanan tersebut hanya mampu dilakukan oleh seorang anggota tentera justeru ia adalah pekerjaan mulia yang perlu dihargai semua pihak.

"Ini adalah pengorbanan paling tinggi yang boleh diberikan seseorang maka hentikan segala spekulasi dan fitnah marilah kita bersatu, ini bukan main-main, ini libatkan maruah negara.

"Kita semua wajib pertahankan negara kita, marilah kita bersatu bertanggungjawab sebab negara, taat setia pada Yang Dipertuan Agong, tidak mahu suara-suara sumbang dan kata-kata yang tunjukkan kita tidak peka kepada kehibaan anggota keselamatan," katanya di sini hari ini.

Mustapa berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas menghadiri upacara pengkebumian Koperal Ahmad Hurairah Ismail, 24, yang terkorban pada pukul 10.45 pagi semalam dalam Ops Daulat di Lahad Datu, Sabah. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment