My Add

Thursday 21 March 2013

Terengganu catat peningkatan kualiti dalam SPM

Oleh ISWAN SHAFIQ MAT ISA
KUALA TERENGGANU, KHAMIS, 21 Mac, 2013: Terengganu mencatatkan peningkatan dari segi kualiti dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2012 apabila 19 calonnya mendapat keputusan A dalam kesemua mata pelajaran yang diambil berbanding hanya 15 calon pada tahun 2011.

Timbalan Pengarah Pelajaran, Hashim Mohd. Zin berkata, prestasi calon yang mendapat semua A juga menunjukkan peningkatan iaitu sebanyak 513 pelajar berbanding hanya 408 pada tahun sebelumnya.

Katanya, enam buah sekolah di negeri ini turut disenaraikan sebagai Sekolah Berpencapaian Cemerlang apabila mencatatkan Gred Purata Sekolah 2.25 dan ke bawah. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment