My Add

Thursday 21 March 2013

Terengganu perluas e-Book kepada murid tahun 4

KUALA TERENGGANU, RAB, 20 Mac, 2013: Pengagihan buku elektronik, e-Book kini diperluaskan kepada murid-murid tahun empat di seluruh negeri ini bagi mengukuhkan lagi proses membudayakan pembelajaran melalui maya.

Kira-kira 20,000 murid tahun 4 akan menerima pemberian secara percuma e-book dan pengagihannya secara berperingkat telah bermula semalam bagi sekolah-sekolah dalam kawasan Dewan Undangan Negeri Ladang.

Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Said berkata, sejak diperkenalkan lima tahun lalu bermula dengan murid tahun enam dan lima, kerajaan negeri membelanjakan RM114 juta bagi menyediakan keperluan itu, di samping khidmat sokongan.

“Bermula tahun ini juga, kita akan mengagihkan komputer riba kepada 4,000 guru yang mengajar murid tahun 4 supaya melancarkan lagi proses pembelajaran dua hala antara guru dan murid di dalam kelas melalui penguasaan teknologi maklumat dan komunikasi. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment