My Add

Friday 22 March 2013

Terowong dasar laut untuk untung sendiri

KUALA LUMPUR, KHAMIS, 21 Mac, 2013: Kesungguhan Kerajaan DAP Pulau Pinang untuk melaksanakan projek pembinaan terowong dasar laut dilihat bermotifkan keuntungan semata-mata tanpa memikirkan kepentingan dan masa depan rakyat.

Presiden Dewan Ekonomi dan Sosial Muslim Malaysia (Desmma), Mohd. Fazil Abdullah berkata, langkah itu adalah sesuatu yang tidak wajar dilakukan oleh sebuah kerajaan negeri yang mendakwa mereka sebagai pelindung rakyat.

"Jangan hanya fikirkan keuntungan diri sendiri sahaja hingga menganiaya orang lain. Kemakmuran dan ekonomi negara juga tidak boleh ditolak ke tepi.

"Jika ingin juga membina terowong itu, lakukan kajian terperinci dan yang paling penting dapatkanlah persetujuan dengan semua pihak terlibat terlebih dahulu," katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.

Beliau diminta mengulas berkenaan demonstrasi aman Unit Nelayan Tanjung Bungah yang membantah tindakan Kerajaan DAP Pulau Pinang membina terowong dasar laut di situ kerana dikhuatiri akan menjejaskan pendapatan mereka.

Sementara itu, Presiden Persatuan Pemikir Profesional Melayu Malaysia, Prof. Datuk Dr. Kamaruddin Kachar berpendapat, pembinaan terowong tersebut merupakan satu pembaziran yang akan memberi kesan buruk kepada banyak pihak terutama rakyat di pulau tersebut.

"Mengapa hendak membina terowong pula. Perlukah ada terowong lagi sedangkan di Pulau Pinang sudah ada dua buah jambatan?

"Pembinaan terowong itu pasti akan menjejaskan periuk nasi nelayan dan juga pengusaha feri selain pencemaran pasti akan berlaku,'' katanya. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment