My Add

Thursday 21 March 2013

Terowong: Jangan kait BN

PULAU PINANG, RABU, 20 Mac, 2013: Alasan kerajaan DAP Pulau Pinang bahawa pembinaan terowong dasar laut yang mahu dilaksanakannya merupakan kesinambungan projek kerajaan Barisan Nasional (BN) terdahulu adalah tidak benar.

Pengerusi Penaja Kelab Setia 1Malaysia, Lim Boo Chang berkata, meskipun Ketua Menteri ketika itu, Tan Sri Dr. Koh Tsu Koon mempertimbangkan pembinaan terowong tersebut tetapi mesyuarat Exco telah memutuskan untuk memilih Jambatan Kedua Pulau Pinang.

Menurutnya, kerajaan BN dahulu berpendapat kewujudan terowong berkenaan boleh menggagalkan hasrat untuk menjadikan pelabuhan di negeri ini sebagai hab ekonomi antarabangsa.

"Alasan pembinaan terowong dasar laut pernah dipertimbangkan kerajaan BN dahulu tidak boleh dipakai lagi.

"Ini kerana kerajaan BN telah memilih Jambatan Kedua Pulau Pinang," katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini. - UTUSAN.. 

No comments:

Post a Comment