My Add

Monday 4 March 2013

Tiada arahan supaya penduduk Simunul berpindah

 *BEBERAPA penduduk Kampung Simulu, Semporna meninggalkan rumah
 masing-masing kerana bimbang tercetus pertempuran antara pihak berkuasa
dan penceroboh asing, di Simunul, Semporna, Sabah hari ini.
- UTUSAN ONLINE

SEMPORNA, ISNIN. 04 Mac, 2013: Tiada sebarang arahan daripada pihak berkuasa kepada penduduk kampung Simunul di sini agar berpindah selepas kejadian serangan hendap penceroboh yang mengorbankan 12 nyawa Sabtu lalu.

Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) Simunul, Hassan Abdul Kadir berkata, penduduk tidak perlu berpindah keluar kerana kampung tersebut kini tenang daripada sebarang pertempuran.

"Penduduk tidak perlu mendengar khabar angin mengenai kampung berkenaan akan dibakar kerana percaya pihak berkuasa terutama Pasukan Gerakan Am (PGA) berjaya melaksanakan tugas mereka," katanya kepada Utusan Online, di sini hari ini.

Laporan langsung insiden pencerobohan berdarah di Sabah dapat diikuti melalui laporan langsung wartawan Utusan Online di sini.

Sabtu lalu, enam anggota polis terkorban selepas mereka diserang hendap oleh sekumpulan penceroboh dipercayai anggota tentera Diraja Kesultanan Sulu di Kampung Srijaya, Simunul di sini..

Manakala enam penceroboh terbabit turut terbunuh termasuk salah seorangnya mati selepas dibelasah oleh penduduk kampung terbabit.

Sementara itu, Hassan berkata, penduduk kampung memang tidak menyedari ada kalangan penduduk di situ merupakan penceroboh tentera Diraja Kesultanan Sulu.

"Jika mereka tahu ada kalangan penduduk merupakan penceroboh yang menyamar atau tali barut, sudah lama mereka diadukan kepada pihak berkuasa.

"Mereka (penduduk) tidak sama sekali akan berkerjasama dengan pihak penceroboh walaupun ada sesetengah mereka datang daripada suku kaum yang sama," katanya. - UTUSAN ONLINE

No comments:

Post a Comment