My Add

Tuesday 5 March 2013

Tiada kejadian 500 tentera Sulu mendarat di Sepanggar Bay

KUALA LUMPUR, ISNIN, 04 Mac - Polis Diraja Malaysia (PDRM) hari ini menafikan dakwaan kononnya 500 tentera Diraja Kesultanan Sulu telah mendarat di Sepanggar Bay dan Pitas, di Sabah malam Ahad lalu.

PDRM dalam satu kenyataan berkata, dakwaan yang dibuat oleh satu akaun Facebook itu merupakan berita palsu.

"Pihak polis dengan ini menafikan berita tersebut dan mengingatkan orang ramai supaya tidak mudah mempercayai sebarang berita yang disebarkan melalui media sosial.

"Jika terdapat sebarang pertanyaan mengenai tahap keselamatan di mana-mana kawasan, boleh dirujuk kepada balai polis yang berhampiran," kata PDRM dalam status Facebooknya petang ini. - UTUSAN ONLINE

No comments:

Post a Comment