My Add

Monday 11 March 2013

Tian Chua 'tiada hati perut'

 *SEBUAH pacuan empat roda membawa penduduk yang meninggalkan kediaman 
mereka di Tanjung Batu, Lahad Datu, semalam.

KOTA KINABALU, AHAD, 10 Mac, 2013: Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat, Tian Chua dikecam kerana sanggup menggunakan kesengsaraan dan kesedihan orang lain demi meraih publisiti murahan serta kepentingan politik peribadi.

Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein menyifatkannya sebagai telah hilang nilai kemanusiaan dan tidak mempunyai 'hati perut' kerana mengetepikan perasaan sedih keluarga perwira negara yang terkorban mempertahankan kedaulatan negara di Lahad Datu dan Semporna, Sabah.

"Saya nak tanya Tian Chua, apakah kesedihan keluarga anggota yang terkorban sandiwara? Apakah gambar puluhan musuh bergelimpangan mati di tengah hutan juga sandiwara? Sakitnya hati kita lihat kesedihan anak isteri kehilangan bapa dan suami di medan pertempuran, apakah itu pun sandiwara? - UTUSAN

No comments:

Post a Comment