My Add

Thursday 21 March 2013

Tiga maut puting beliung melanda wilayah Hunan

BEIJING, KHAMIS, 21 Mac, 2013: Satu puting beliung dilaporkan melanda wilayah Hunan semalam, menyebabkan sekurang-kurangnya tiga orang maut manakala 52 cedera.

Akhbar People's Daily melaporkan, puting beliung tersebut menyebabkan pelbagai kemusnahan, selain terputus bekalan elektrik yang menjejaskan kira-kira 110,000 penduduk di daerah Daoxian.

Menurut jabatan meteorologi tempatan, puting beliung tersebut membawa angin berkelajuan 110.8 kilometer sejam. - BERNAMA

No comments:

Post a Comment