My Add

Wednesday 6 March 2013

Tindakan ketenteraan langkah tepat

LAHAD DATU, SELASA, 05 Mac, 2013: Serangan besar-besaran yang dilakukan pasukan keselamatan terhadap pengganas Sulu di Kampung Tandou pagi ini adalah langkah tepat sebagai tindakan yang ditunggu-tunggu oleh seluruh rakyat demi menjaga kedaulatan negara.

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata, tindakan agresif ini adalah pilihan terakhir selepas kumpulan pengganas tetap berdegil enggan berundur secara aman dari negara ini.

"Kesabaran kita juga ada hadnya dan saya merasakan tindakan yang kita lakukan hari ini adalah seperti apa yang dinantikan rakyat selama ini," katanya dalam sidang akhbar bersama Menteri Pertahanan, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi di sini hari ini.

Tambah Hishammuddin, kerjasama rapat daripada semua pihak termasuk Wisma Putra dan Filipina bagi menyelesaikan isu pencerobohan tersebut adalah amat membanggakan. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment