My Add

Monday 11 March 2013

Tindakan Nik Aziz pertahan Anwar tidak pelik

KOTA BHARU, AHAD, 10 Mac, 2013: UMNO Kelantan tidak pelik dengan sikap Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat yang terus mempertahankan Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam kes liwat Ketua Pembangkang itu berikutan permohonan maaf bapa mangsa, Azlan Mohd. Lazim.

Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Kelantan, Datuk Seri Mustapa Mohamed berkata, semua pihak mengetahui bahawa Nik Abdul Aziz akan mempertahankan setiap tindakan orang yang 'sebulu' dengannya, termasuk Anwar.

Beliau berkata, sewajarnya Menteri Besar Kelantan itu menilai secara mendalam perkara tersebut kerana mangsa dalam kes ini, Mohd. Saiful Bukhari masih tetap mempertahankan sumpah laknat dan dakwaan dibuat sebelum ini.

"Hanya Anwar dan Allah sahaja yang mengetahui. Kes ini masih di mahkamah biarpun telah diputuskan tetapi rayuan masih berjalan ini bermakna mangsa masih tidak berpuas hati dan semua tahu apa yang berlaku, antara keputusan hakim sebab utamanya adalah tempat simpanan barang kes dipertikaikan. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment