My Add

Friday 8 March 2013

TPM raikan rombongan DPP Golkar


 *MUHYIDDIN Yassin (kanan) menyampaikan cenderahati kepada Aburizal Bakri pada majlis makan malam di sini hari ini. Majlis tersebut, anjuran UMNO diadakan bagi meraikan Aburizal Bakrie dan anggota delegasinya seramai 30 orang. Turut hadir Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansur dan Pengerusi Tetap UMNO, Datuk Badruddin Amiruddin. - BERNAMA

KUALA LUMPUR, JUMAAT, 08 Mac, 2013: Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin malam tadi meraikan 30 anggota Dewan Pimpinan Pusat (DPP) Partai Golkar dalam jamuan makan malam di sini sempena lawatan empat hari rombongan itu ke Malaysia, sejak Selasa lalu.

Lawatan DPP Partai Golkar yang diketuai Ketua Umumnya, Aburizal Bakrie, antara lain bertujuan melihat persediaan negara menghadapi Pilihan Raya Umum ke-13.

Indonesia pula akan berhadapan dengan pilihan raya tahun depan dengan kira-kira satu juta rakyat republik itu yang berada di Malaysia akan mengundi. - BERNAMA

No comments:

Post a Comment