My Add

Saturday 23 March 2013

TPM yakin BN kekal berkuasa di Terengganu

KUALA TERENGGANU, JUMAAT, 22 Mac, 2013: Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin yakin Barisan Nasional (BN) akan terus berkuasa di negeri itu selepas Pilihan Raya Umum ke-13 ini.

Menurut beliau, kehadiran pengunjung pada setiap majlis yang dihadirinya di Terengganu jelas menunjukkan sokongan padu rakyat kepada kerajaan pimpinan BN.

“Suasana ini membuktikan hubungan antara rakyat dan pemimpin di Terengganu amat akrab. Ia memberi satu petanda yang amat baik. Saya yakin tuan puan akan memberikan sokongan seratus peratus kepada BN pada pilihan raya ini,” katanya semasa berucap pada majlis jamuan rakyat di Manir dekat sini hari ini. - KOSMO!

No comments:

Post a Comment