My Add

Monday 4 March 2013

Tubuh Suruhanjaya Diraja siasat siapa dalang

KUALA LUMPUR, AHAD, 03 Mac, 2013: Kerajaan hari ini digesa menubuhkan Suruhanjaya Siasatan Diraja bagi menyiasat laporan media Filipina berhubung wujudnya dalang dalam isu pencerobohan kumpulan Tentera Diraja Kesultanan Sulu di Lahad Datu, Sabah sejak 12 Februari lalu.

Ahli Parlimen Bayan Baru, Datuk Seri Zahrain Mohamed Hashim berkata, langkah itu penting supaya mereka yang menjadi dalang boleh dikenakan hukuman paling berat sekiranya dakwaan oleh media berkenaan berasas.

Beliau berkata, kerajaan tidak boleh memandang remeh isu tersebut kerana berkaitan dengan soal pengkhianatan dan penderhakaan kepada negara.

‘‘Kerajaan perlu memandang serius isu ini. Ini bukan isu kecil tetapi besar kerana berkait rapat dengan pencerobohan kedaulatan negara. Oleh sebab itu saya minta kerajaan tubuhkan Suruhanjaya Diraja. Setakat pasukan siasatan biasa tidak mencukupi.

‘‘Dakwaan pembabitan pihak pembangkang negara kita dalam isu ini tidak boleh dipandang remeh dan paling penting pendedahan ini dibuat oleh media-media di Filipina sendiri,’’ katanya kepada pemberita dekat sini hari ini.

Akhbar hari ini melaporkan perisikan tentera mengesahkan terdapat pertemuan antara Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim dengan bekas pemimpin Barisan Pembebasan Kebangsaan Moro (MNLF), Nur Misuari beberapa bulan lalu sebelum pencerobohan berlaku di Lahad Datu, Sabah.

Pihak perisikan Filipina ketika dipetik portal berita negara itu, Inquirer News kelmarin telah melaporkan, terdapat tiga kumpulan yang menjadi dalang pencerobohan Tentera Diraja Kesultanan Sulu di Kampung Tanduo sejak 12 Februari lalu yang akhirnya membawa kepada tragedi berdarah.

Malah secara terbuka, agensi perisikan Filipina mengaitkan nama Anwar apabila mendedahkan seorang pemimpin pembangkang Sabah yang rapat dengan Ketua Pembangkang mengadakan pertemuan dengan pihak penceroboh dan menawarkan jaminan sokongan.

Pada 14 Februari lalu, Reuters yang memetik kenyataan seorang pegawai tinggi tentera Filipina mendakwa, pencerobohan kumpulan bersenjata tersebut berlaku atas jemputan pemimpin pembangkang di negara ini. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment