My Add

Saturday 23 March 2013

Tukar slogan "I Love PM" kepada "I Love BN" - Najib

 *ORANG ramai mengangkat sepanduk "I Love PM" dan "I Love BN" ketika
 menghadiri majlis perasmian Program Rimbunan Kaseh oleh Perdana Menteri,
 Datuk Seri Najib Razak di Tanjung Besar, Kuala Lipis, Pahang hari ini. - UTUSAN

KUALA LIPIS, SABTU, 23 Mac, 2013: Datuk Seri Najib Tun Razak berharap slogan "I Love PM" yang sering dilaungkan oleh rakyat ditukar kepada "I Love BN" pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13) nanti.

Perdana Menteri berkata, kerajaan dibawah Barisan Nasional (BN) dari dulu sehingga kini telah membawa perubahan serta kemajuan kepada rakyat dan negara.

Menurut beliau, rakyat tidak boleh mengharapkan pembangkang kerana mereka hanya pandai mengkritik dan membuat fitnah tetapi tidak membuat apa-apa.

"Rakyat perlu memberikan sokongan kepada BN bagi meneruskan kesinambungan program tranformasi yang dirancang oleh kerajaan,"katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada perasmian Program Rimbunan Kasih di Tanjung Besar di sini hari ini. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment