My Add

Monday 4 March 2013

Universiti main peranan penting bangunkan negeri

 *NAJIB Tun Razak disambut oleh para pelajar semasa menghadiri majlis
 perasmian Kampus Induk Universiti Malaysia Perlis di Arau, semalam. - BERNAMA

ARAU, AHAD, 03 Mac, 2013: Peranan institusi pengajian tinggi (IPT) kini bukan sahaja melahirkan modal insan berkualiti tetapi lebih penting lagi menjana perkembangan ekonomi dan pembangunan sesebuah negeri.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, sebagai contoh, penubuhan Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) telah memastikan proses pembangunan berjalan dengan pesat di negeri ini.

“Walaupun Perlis belum lagi mempunyai hotel lima bintang, tetapi negeri ini sudah mempunyai universiti bertaraf lima bintang.

“Tak apalah, hotel lima bintang boleh dibina nanti tetapi yang lebih penting, Perlis sudah mempunyai sebuah universiti hebat," katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan Kampus Induk UniMAP di Pauh Putra di sini hari ini.

Yang turut hadir, Menteri Besar, Datuk Seri Dr. Md. Isa Sabu, Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Mohd. Khaled Nordin dan Naib Canselor UniMAP, Prof. Datuk Dr. Kamarudin Hussin.

Sehubungan itu, katanya, kerajaan menerusi Kementerian Pengajian Tinggi sentiasa memberikan sokongan dan membantu pihak universiti supaya perkembangan modal insan dan pembangunan negeri berjalan seiring.

“Universiti penting dalam melahirkan modal insan berkualiti, bukan sahaja di negara maju, malah di negara yang bergolak juga mempunyai universiti kerana cukup penting kepada penduduk sesebuah negara.

“Di Gaza yang saiznya kecil kira-kira separuh dari Perlis, terdapat universiti kerana pelajaran itu penting tidak kira di mana sahaja," katanya. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment