My Add

Friday 8 March 2013

Video Anwar ditonton 131,782 kali

KUALA LUMPUR, KHAMIS, 07 Mac, 2013: Video nyanyian Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang menyebut Sabah bakal hilang ditonton sebanyak 131,782 kali di laman sosial YouTube.

Video yang dimuatkan semalam itu memaparkan Anwar menyanyikan lagu Tanya Sama Pokok yang diubah suai liriknya di tiga lokasi berbeza sehingga menimbulkan pelbagai persoalan banyak pihak.

"Tanya sama Najib apa sebab goyang, nanti jawab Najib, Sabah nak hilang," dendang Anwar dalam ceramahnya pada 2 Disember tahun lalu sambil mengajak penyokong pembangkang menyanyi bersama.

Dalam ceramah pada 29 Januari lalu, Anwar turut menyanyikan lagu sama dan kali terakhir dikesan pada 14 Februari lalu iaitu dua hari selepas Kampung Tanduo, Lahad Datu, Sabah diceroboh kumpulan pengganas Sulu. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment