My Add

Thursday 21 March 2013

Video seks: Shazryl Eskay ditawarkan wang untuk buat U-turn

 *RAHIM dalam sidang akhbar semalam.

Oleh: KHAIRULANUAR YAHAYA
KUALA LUMPUR, KHAMIS, 21 Mac, 2013: Ahli perniagaan, Datuk Shazryl Eskay Abdullah antara trio Datuk T yang terlibat dalam pendedahan video seks yang dikaitkan dengan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim didakwa telah diekori dan dipujuk dengan sejumlah wang untuk menandatangani akuan bersumpah supaya membuat u-turn mengenai pendedahan tersebut.

Bekas Ketua Menteri Melaka, Tan Sri Rahim Tamby Chik yang juga terlibat dalam pendedahan video seks itu bersama bekas Bendahari Agung Perkasa, Datuk Shuaib Lazim berkata, Shazryl Eskay cuma perlu menandatagani akuan berkanun yang telah disiapkan.

”Saya telah diberitahu oleh Shazryl Eskay bahawa jika beliau bersetuju, dia akan diberi ganjaran wang dengan jumlah yang ditentukan sendiri oleh beliau,” kata Rahim dalam sidang akhbar yang dilakukan di ibu pejabat RISDA di sini hari ini.

Tegasnya ketika ini hanya Shazryl Eskay diekori dan dipujuk dengan ganjaran tersebut

”Kita punya pengorbanan, apa yang kita perjuangkan untuk menegakkan kebenaran ini bukan untuk dijual beli. Saya suka nasihatkan, jangan buang masa bahawa trio Datuk T ini bukan seperti sesetengah orang yang membuat u-tur’ dan mudah dibeli,” tegas Rahim.

Beliau bagaimanapun berkata, individu yang mengekori dan menawarkan ganjaran kepada Shazryl Eskay itu tidak dikenali.

Katanya, Shazryl Eskay sepatutnya hadir bersama-sama dalam sidang akhbar tersebut tetapi tidak datang kerana khuatir dengan keselamatan beliau.

”Kalau Anwar berkata, ’kamu ulang saya saman’ saya ingin mengulangi bahawa trio Datuk T menegaskan Anwar merupakan individu yang terlibat dalam video yang didedahkan itu.

”Terpulang pada Anwar sama ada hendak saman trio Datuk T. Kita memang hendak kena saman. Kita nak tunjukkan kebenaran dari segi kajian forensik oleh pakar-pakar luar negara yang telah kita lakukan. 

"Kita belum berpeluang untuk membentangkan kajian tersebut,” katanya.- UTUSAN 
  

No comments:

Post a Comment