My Add

Tuesday 19 March 2013

Wan Azizah tidak mampu sangkal kebenaran

KUALA LUMPUR, ISNIN, 18 Mac, 2013:Sikap membisu Datin Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail dalam isu surat terbuka Mohd. Fareez Kamal Intidzam yang membongkar banyak 'cerita dalaman' membuktikan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu tidak terdaya menyangkal kebenaran.

Bekas Ketua Wanita PKR Pulau Pinang, Aminah Abdullah berkata, hakikat itu jelas kerana Wan Azizah sehingga kini tidak berani bersuara walaupun namanya dikait secara langsung oleh Mohd. Fareez sebagai tidak layak menjadi presiden dan menyimpan perasaan cemburu.

Katanya, sejak surat terbuka yang dihantar kepada Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan beberapa pemimpin pembangkang lain, Wan Azizah seperti buntu untuk mencari pendekatan serta jawapan terbaik bagi menyangkal segala dakwaan Mohd. Fareez. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment