My Add

Thursday 14 March 2013

Yuktes akui tulis surat tentang Anwar

Oleh METRA SYAHRIL MOHAMED dan SUWARNI MOKHTAR
KUALA LUMPUR, RABU, 13 Mac, 2013: Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim menerima tamparan hebat apabila pembantu kepada salah seorang peguam bela utamanya dalam kes liwat membabitkan Mohd. Saiful Bukhari Azlan menarik diri daripada pasukan berkenaan.

Yuktes Vijay, 25, turut mendedahkan beberapa 'cerita dalaman' berhubung kes berkenaan menerusi dua pucuk surat terbuka yang boleh diakses menerusi beberapa laman blog terutama di AIDC (http://www.anwaraidc.com) dan MyNewsHub.

Yuktes sewaktu dalam pasukan peguam bela Anwar merupakan pembantu kepada peguam, Sankara Nair dan banyak membuat kerja-kerja penyelidikan berhubung kes tersebut.

Beliau turut mencabar Anwar menyamannya ekoran pendedahan melalui surat-surat itu.

Beliau turut menimbulkan persoalan kenapa Anwar tidak memberikan keterangan secara bersumpah sedangkan Ketua Pembangkang itu mendakwa tidak diberikan perbicaraan yang adil. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment