My Add

Monday 4 March 2013

Zahid, Hishammuddin tiba di Felda Sahabat, Lahad Datu


 *DR AHMADZahid Hamidi (melambai tangan) dan Hishammuddin Tun Hussein (tiga dari kiri) ditemani Panglima Angkatan Tentera, Jeneral Tan Sri Zulkifeli Mohd Zain (kiri) tiba menggunakan helikopter Nuri di Felda Sahabat, Lahad Datu hari ini. - UTUSAN

LAHAD DATU. ISNIN, 04 Mac, 2013: Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein dan Menteri Pertahanan Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berada di Felda Sahabat 16 kira-kira 130 kilometer dari sini hari ini.

Mereka tiba pada pukul 12.15 tengah hari dengan menaiki helikopter Polis Diraja Malaysia dari Lapangan Terbang Lahad Datu dan terus ke Komtek Sahabat 16 Batalion 17 Pasukan Gerakan Am bagi mendengar taklimat keselamatan pencerobohan Kampung Tanduo.

Hishammuddin dan Zahid dijangka mengadakan sidang akhbar bersama selepas taklimat itu di Pusat Media di Residental Felda Sahabat tidak jauh dari situ. - BERNAMA


ATM hantar tujuh batalion ke Sabah - Zahid Hamidi

KUALA LUMPUR: Sebanyak tujuh batalion tentera telah dikerah ke Sabah bagi membantu pasukan polis menghadapi penceroboh di negeri itu, kata Menteri Pertahanan, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi.

Menurut beliau, daripada jumlah itu, lima batalion telah dihantar ke Lahad Datu manakala dua lagi masing-masing di Tawau dan Sandakan.

"Untuk maklumat penduduk Sabah, saya ingin maklumkan bahawa pihak tentera membantu polis sepenuhnya.

"ATM sudah menghantar tujuh batalion yang sedang beroperasi sekarang. Lima batalion di Lahat Datu, satu batalion di Sandakan dan satu batalion di Tawau," kata beliau dalam laman Twitternya. - UTUSAN ONLINE

No comments:

Post a Comment