My Add

Sunday 10 March 2013

Zainon cabar Azizan bersemuka

Oleh JAMLIAH ABDULLAH
 JERAI , SABTU, 09 Mac, 2013: Bekas ahli Pas, Zainon Ismail mencabar Menteri Besar, Datuk Seri Azizan Abdul Razak bersemuka dengannya bagi membincangkan isu penyelewengan Tabung Memali.

Zainon atau nama penanya, CN Al-Afghani berkata, Azizan perlu tampil menjelaskan kepada penduduk negeri ini terutamanya penyokong Pas tentang ke manakah kutipan wang tabung itu disalurkan.

"Saya cabar Menteri Besar bersemuka dengan saya di pentas Pas. Adakan forum di hadapan ahli Pas untuk jelaskan ke mana perginya wang itu.

"Adakan di mana-mana sahaja, saya akan datang ke hadapan rumah Azizan di Sungai Limau pun tidak mengapa," katanya ketika menyampaikan ceramah "Membongkar Penyelewengan Tabung Memali" di Guar Chempedak di sini malam tadi.

Ceramah anjuran Pemuda UMNO Bahagian Jerai itu dihadiri kira-kira 300 orang termasuk Ketua UMNO Bahagian Jerai, Datuk Suhaimi Abdullah dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Guar Chempedak, Datuk Dr. Ku Rahman Ku Ismail. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment