My Add

Thursday, 20 June 2013

2 sahabat terselamat walaupun kereta remuk

LEDANG, KHAMIS, 20 Jun, 2013: Berpantang maut sebelum ajal. Itu berlaku kepada dua lelaki yang terselamat walaupun kereta dinaiki remuk teruk selepas terlibat dalam kemalangan di Kampung Parit Turun, Bukit Gambir dekat sini malam tadi.

Kejadian kira-kira pukul 10.55 malam itu, dipercayai berlaku apabila kereta Honda City tersebut yang datang dari arah Muar hilang kawalan lalu merempuh perhentian bas sebelum terbabas sejauh 30 meter dari tempat rempuhan.

Kedua-dua mangsa yang berusia lingkungan 30-an mengalami kecederaan dan tersepit dibawa keluar oleh orang awam yang berada di sebuah kedai makan berhampiran.

Saksi kejadian yang dikenali sebagai Ahmad, 45, berkata, dia terdengar bunyi dentuman kuat yang disusuli kepulan asap tebal berwarna putih ketika berehat di beranda rumahnya.

Katanya, dia tidak menyangka bunyi itu adalah kemalangan kereta kerana tidak mendengar bunyi brek secara mengejut.

“Saya segera ke tempat kejadian dan melihat orang ramai sedang membantu mengeluarkan mangsa yang mengerang kesakitan kerana bimbang kemungkinan kereta akan meletup berikutan keadaannya yang remuk teruk.

“Usaha mengeluarkan mangsa yang tersepit di tempat duduk pemandu mengambil masa selama kira-kira 10 minit, sementara menunggu ketibaan ambulans untuk dihantar ke hospital," katanya ketika ditemui. - UTUSAN ONLINE

No comments:

Post a Comment