Oleh AZRAI MOHAMMAD
KUALA LUMPUR, RABU, 19 Jun, 2013: Seramai 38 wanita warga asing yang bekerja sebagai gadis pelayan pelanggan (GRO) dicekup dalam operasi di sebuah pub di Sunway Mentari, Bandar Sunway di sini malam tadi.
Serbuan pukul 11.45 malam itu dilakukan oleh empat pegawai bersama 12 anggota dari Bahagian Kongsi Gelap, Judi dan Maksiat (D7) Ibu Pejabat Polis Bukit Aman.
Ketua Operasi D7 Polis Bukit Aman, Asisten Supritendan Shahrul Nizam Jaafar berkata, pihaknya turut menahan seorang lelaki tempatan berusia 48 tahun yang merupakan pemilik pub itu.
Katanya, kesemua GRO yang ditahan terdiri daripada 22 warga Thailand, 13 Vietnam, dua Filipina dan seorang China berusia antara 21 hingga 35 tahun.
"Siasatan awal mendapati GRO ini menawarkan perkhidmatan seks kepada pelanggan dengan bayaran RM120 bagi sekali langganan atau RM300 untuk satu malam.
Menurut Shahrul Nizam, pusat hiburan yang sudah beberapa kali diserbu serta menukar nama itu turut menjual kalungan bunga dan kostum khas kepada pelanggan sebagai bayaran melanggan GRO kegemaran mereka.
Katanya, kesemua yang ditahan dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Petaling Jaya untuk siasatan lanjut. - UTUSAN ONLINE

No comments:
Post a Comment