My Add

Wednesday, 19 June 2013

Ahmadinejad bertemu Rowhani bincang isu politik dan ekonomi

TEHERAN, RBU, 19 Jun, 2013: Bekas Presiden Iran, Mahmoud Ahmadinejad berjumpa penggantinya, Hassan Rowhani buat kali pertama semalam.

Rowhani, seorang ulama berusia 64 tahun yang dijadualkan memikul jawatan sebagai Presiden mulai 3 Ogos depan, memperoleh kemenangan besar dalam pilihan raya presiden Jumaat lalu, bagi menggantikan kepimpinan Ahmadinejad yang telah memerintah selama lapan tahun.

"Kedua-dua (mereka) membincangkan isu berkaitan politik dan ekonomi negara," lapor televisyen negara Iran. - AFP/UTUSAN

No comments:

Post a Comment