AS ingin kurangkan penggunaan senjata nuklear
BERLIN, KHAMIS, 20 Jun, 2013: Presiden Amerika Syarikat (AS), Barack Obama bercadang untuk mengurangkan penggunaan senjata nuklear sehingga satu per tiga, selain mengadakan perbincangan dengan Rusia berhubung cadangan itu.
"Selepas membuat pemerhatian secara komprehensif, saya yakin AS dan sekutunya mampu mengekalkan keselamatan, termasuk sistem pertahanan yang kukuh dan strategik.
"Saya juga bercadang untuk mengadakan rundingan dengan Rusia berhubung perkara itu," katanya ketika berucap dalam satu majlis, di sini semalam.
Rusia, bagaimanapun tidak bersetuju dengan cadangan Obama itu dengan menyatakan alasan bahawa ia boleh mencetuskan pelbagai kesukaran dan halangan. - REUTERS/UTUSAN
No comments:
Post a Comment