Dituduh curi ikan bilis, lelaki maut dibelasah
Oleh MOHAMED SAARI
SEGAMAT, KHAMIS, 20 Jun, 2013: Gara-gara menuduh rakannya mencuri ikan bilis di sebuah kedai, seorang lelaki maut selepas dibelasah menggunakan sebatang kayu malam kelmarin.
Mangsa, Zarafulla S. A. Rahim, 54, yang cedera parah di badan meninggal dunia kira-kira 11 jam kemudian semasa dirawat di Hospital Segamat.
Ketua Polis Daerah, Supritendan Mohd. Kamil Sukarmi berkata, mangsa dan suspek yang berusia 49 dipercayai mabuk ketika kejadian kira-kira pukul 9.30 malam di Taman Yayasan dekat sini.
"Berang dituduh mencuri ikan bilis suspek yang dipercayai dalam keadaan mabuk telah memukul mangsa menggunakan sebatang kayu sehingga mengakibatkan mangsa terjatuh ke dalam longkang.
"Mangsa kemudian dibawa ke Hospital Segamat selepas orang ramai yang menemuinya. Sewaktu dibawa ke hospital mangsa masih sedar namun dia meninggal dunia akibat cedera parah kira-kira pukul 8.50 pagi semalam," katanya. - UTUSAN ONLINE
No comments:
Post a Comment