My Add

Wednesday, 19 June 2013

Halimah Huaaein diminta serah diri

KUALA LUMPUR, selasa, 18 Jun, 2013: Polis meminta Halimah Hussein yang disyaki menganggotai kumpulan pengganas Tanzim Al-Qaeda Malaysia supaya menyerah diri secepat mungkin bagi membantu siasatan.

Pengarah Jabatan Petugas Khas (Operasi dan AntiPengganas), Ibu Pejabat Polis Bukit Aman, Datuk Seri Mohamad Fuzi Harun berkata, pihaknya kini giat mengesan ibu tunggal berusia 52 tahun itu bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 130G (a) Kanun Keseksaan kerana menjadi ahli kumpulan pengganas.

Beliau berkata, pihaknya turut memberi amaran mana-mana individu yang memberi perlindungan kepada suspek adalah melakukan satu kesalahan di bawah Seksyen 130 Kanun Keseksaan dan boleh dikenakan hukuman penjara 20 tahun atau denda atau penjara seumur hidup.

"Polis percaya suspek masih berada di dalam negara dan orang ramai diminta memberi kerjasama menyalurkan maklumat.

"Mereka yang bersubahat dan sengaja tidak memberi maklumat mengenai suspek melakukan kesalahan di bawah Seksyen 130M Kanun Keseksaan yang boleh dikenakan hukuman penjara sampai tujuh tahun atau dengan denda atau kedua-duanya sekali," katanya ketika dihubungi hari ini.

Akhbar hari ini melaporkan polis bertindak menyerbu tujuh lokasi dipercayai lokasi persembunyian Halimah secara serentak di ibu negara, Selangor, Negeri Sembilan dan Johor awal pagi semalam bagi gerakan memburu suspek namun gagal menemuinya,

Suspek sebelum ini pernah ditahan dan didakwa menjadi anggota kumpulan pengganas tersebut bersama bekas tahanan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA), Yazid Sufaat, 49, dan pembantu kafeteria, Muhammad Hilmi Hasim,33.

Pada 27 Mei lalu, dua individu tersebut dilepaskan dan dibebaskan bersama Halimah namun telah ditangkap semula dan dituduh di bawah Seksyen 130 Kanun Keseksaan iaitu menjadi ahli kumpulan pengganas.

Suspek juga dikehendaki bagi kesalahan yang sama namun menghilangkan diri selepas dilepas serta dibebaskan oleh Mahkamah Tinggi di sini pada 20 Mei lalu.

Ketiga-tiga mereka juga disyaki ahli kumpulan sama dengan dua rakyat Malaysia yang mempunyai kaitan dengan kumpulan pengganas al-Qaeda masih ditahan di Beirut, Lebanon iaitu Razif Mohd. Arif, 30, dan Muhamad Razin Sharhan Mustafa, 21. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment