My Add

Thursday, 20 June 2013

Jerebu: 211 sekolah di Muar, Ledang ditutup

 * BEGINILAH keadaan ruang udara di bandar Muar ekoran jerebu yang teruk dengan bacaan Indeks Pencemaran Udara 350 iaitu melebihi paras bahaya, seperti dirakam di sekitar bandar Muar hari ini. - UTUSAN
MUAR, KHAMIS, 20 Jun, 2013: Sebanyak 211 buah sekolah rendah dan menengah di daerah ini dan Ledang ditutup mulai tengah hari ini berikutan keadaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) telah mencatat bacaan 350, melebihi paras bahaya.

Pegawai Pendidikan daerah, Ahmad Othman berkata, surat pekeliling mengenai penutupan itu telah dikeluarkan kepada semua sekolah kedua-dua daerah berkenaan.

Menurutnya, sekolah berkenaan akan ditutup beberapa hari bergantung kepada perkembangan IPU semasa. - UTUSAN ONLINE

No comments:

Post a Comment