![]() |
* PELAJAR sebuah sekolah menengah terpaksa memakai topeng penutup mulut dan hidung ketika berjalan ke sekolahnya kira-kira pukul 7 pagi ini selepas keadaan jerebu di bandar itu semakin buruk. - UTUSAN |
Menurut maklumat dari bilik kawalan Jabatan Alam Sekitar (JAS) negeri, setakat pukul 2 petang, Muar yang mencatatkan IPU setinggi 162 berbanding 68 pada petang semalam, bacaan tertinggi di seluruh negara.
Lokasi lain yang mencatatkan peningkatan IPU adalah Pasir Gudang dengan bacaan 161 berbanding 148 semalam, Kota Tinggi (146 daripada 126) dan Larkin Lama (141 daripada 122).
IPU pada tahap antara 0 dan 50 adalah baik, sederhana (51-100), tidak sihat (101-200), sangat tidak sihat (201-300) dan berbahaya (lebih 301).
Tinjauan Utusan Online di sekitar bandar raya ini mendapati jarak penglihatan semakin berkurangan dan ramai penduduk mula memakai topeng penutup hidung ketika berada di luar rumah dan bangunan.
Beberapa negeri di seluruh negara dilanda jerebu sejak beberapa hari lalu dipercayai berpunca daripada pembakaran hutan yang berlaku di Sumatera, Indonesia. - UTUSAN ONLINE

No comments:
Post a Comment