Jerebu: Singapura minta Indonesia bertindak
SINGAPURA, KHAMIS, 20 Jun, 2013: Singapura hari ini menggesa Indonesia mengambil `tindakan muktamad ketika kualiti udara berada di peringkat tidak sihat buat hari kedua ekoran jerebu yang berlaku akibat pembakaran hutan dari negara tersebut yang tersebar ke negara ini.
Ketua Agensi Alam Sekitar Nasional Singapura berkata, pihaknya mahu satu tindakan muktamad diambil oleh Indonesia berhubung perkara itu.
Beliau akan ke Jakarta, Indonesia bagi menghadiri satu mesyuarat khas berhubung jerebu hari ini.
Menteri Alam Sekitar dan Sumber Air Singapura, Vivian Balakrishnan berkata, tiada negara atau syarikat perbadanan mempunyai hak untuk mencemarkan udara dan mengganggu kepentingan rakyat negera ini. - REUTERS/UTUSAN
No comments:
Post a Comment