My Add

Wednesday, 19 June 2013

Keluarga mangsa hargai operasi mencari

 * ZAINAL Abidin Osman menyerahkan sumbangan kepada Lee Chai Song sambil diperhatikan oleh Musa Sheikh Fadzir dan Roy Tan Kok Hor (kanan) di Menara UMNO, Jalan Macalister Georgetown, Pulau Pinang, semalam.
PULAU PINANG, SELASA, 18 Jun, 2013: Keluarga Lim Chin Aik, 44, yang dipercayai hilang dan tertimbus dalam lubang yang terbentuk selepas rod penebat kilat jatuh dari puncak Menara UMNO di Jalan Macalister Khamis lalu berpuas hati dan menghargai semua pihak terlibat dalam operasi mencari dan menyelamat mangsa.

Sepupu Chin Aik, Roy Tan Kok Hor, 51, berkata, mereka menerima ketentuan yang berlaku biarpun kejadian tersebut amat menyedihkan.

Menurutnya, ketika ini mereka sedang mengatur untuk mengadakan upacara keagamaan buat Chin Aik.

"Terima kasih kepada semua pihak yang prihatin dengan apa yang menimpa keluarga kami. Kami amat menghargainya," katanya ketika ditemui pemberita di sini hari ini.

Terdahulu, Roy mengiringi isteri Chin Aik, Lee Chai Song, 44, menerima sumbangan daripada UMNO yang disampaikan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO negeri, Datuk Zainal Abidin Osman.

Turut hadir, Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO negeri, Datuk Musa Sheikh Fadzir.

Semalam, Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamid mengumumkan penubuhan jawatankuasa inkues sebagai langkah terbaik bagi menentukan status mangsa selepas kerja-kerja mencari dan menyelamat terpaksa dihentikan atas faktor keselamatan, selain mendapat persetujuan keluarga.

Dalam kejadian ribut terburuk yang pernah melanda negeri ini, dua terbunuh manakala lapan kenderaan lain di Jalan Macalister dihempap runtuhan rod konkrit penebat kilat berkenaan dan membentuk lubang besar. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment