Oleh FAZRINA AYU RADUIAN
KUALA LUMPUR, RABU, 19 Jun, 2013: Malaysia International Shipping Corp. Bhd. (MISC) kini dalam proses membiayai semula pinjaman bernilai RM2.37 bilion (AS$750 juta) yang dijangka selesai pada akhir Julai atau awal Ogos ini.
Tempoh pinjaman itu berakhir September ini.
Ketua Pegawai Eksekutifnya, Datuk Nasarudin Md. Idris berkata, proses tersebut berjalan lancar dan syarikat kini sedang berunding dengan beberapa bank.
Katanya, kadar nisbah hutang berbanding ekuiti (gearan) berjaya dikawal daripada 0.48 peratus kepada 0.25 peratus pada ketika ini.
"Sejak suku ketiga tahun lalu, prestasi syarikat semakin meningkat setelah menghentikan perniagaan pengangkutan kontena pada Jun tahun lalu.
"Kesan daripada itu keadaan menjadi pulih dan lebih stabil," katanya ketika sidang akhbar selepas menghadiri Mesyuarat Agung Tahunan di sini hari ini.
Yang turut hadir ialah Naib Presiden Pembangunan dan Perancangan Korporat, Yee Yang Chin dan Naib Presiden Kewangan, Rozainah Awang.
Katanya, prestasi kewangan syarikat dijangka meningkat pada tahun ini dan momentum bergerak di landasan yang betul kerana nilai pendapatan sebelum faedah, cukai, penyusutan dan pelunasan (EBITDA) positif pada tahun ini biarpun keuntungan susut sedikit.
"Kita tidak dapat memberi dividen kepada pemegang saham sejak 2011, dan semua pihak perlu menerima prestasi industri pada ketika ini," katanya.
Mengulas mengenai rancangan Petronas mengambil alih MISC, beliau berkata, pihaknya akan terus dengan matlamat utama untuk menjadikan syarikat sebagai sebuah organisasi yang berdaya saing dan maju.
"Agenda pada tahun ini adalah untuk mengoptimum dan mengimbangi semula portfolio perniagaan kami," katanya. - UTUSAN

No comments:
Post a Comment