My Add

Thursday, 20 June 2013

Mohamad Aziz dilantik Speaker DUN Johor

NUSAJAYA, KHAMIS, 20 Jun, 2013: Bekas Ahli Parlimen Sri Gading, Datuk Mohamad Aziz mengangkat sumpah sebagai Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor di sini hari ini.

Majlis angkat sumpah perlantikan itu dibuat sempena mesyuarat pertama bagi penggal pertama DUN Johor dan majlis angkat sumpah Exco kerajaan negeri di Bangunan Sultan Ismail, Kota Iskandar di sini.

Pemilihan Mohamad, 72, dikemukakan oleh Menteri Besar, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin bagi menggantikan Datuk Mohd. Ali Hassan.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Panti, Datuk Baderi Dasuki pula mengangkat sumpah sebagai Timbalan Speaker bagi menggantikan Datuk Othman Jais. - UTUSAN ONLINE

No comments:

Post a Comment