Oleh MD. AZRIN ROSLY
![]() |
* JAILANI Johari (lima dari kanan) bersama Azmi Mohd. Nor (enam dari kanan) bergambar bersama agensi-agensi terlibat pada pelancaran Radio Highway FM dan sidang akhbar 'Kempen Kesedaran Tahun Bebas Kemalangan Jalan Raya 2013/14' di Maju Junction Mall, Kuala Lumpur, semalam. |
Timbalan Menterinya, Datuk Jailani Johari berkata, penekanan tersebut perlu diberikan bagi memastikan pemandu yang menggunakan peralatan ICT seperti telefon bimbit tidak menyusahkan atau mengganggu pemandu lain.
"Sikap terlalu leka dengan peralatan telekomunikasi yang mempunyai pelbagai fungsi seperti sistem Penentu Kedudukan Global (GPS), hiburan audio video, media sosial dan sebagainya boleh mengakibatkan kemalangan bukan hanya membahayakan keselamatan pemandu malah orang lain seperti pejalan kaki," katanya.
Beliau berkata demikian ketika melancarkan Radio Highway FM dan Kempen Keselamatan Tahun Bebas Kemalangan Jalan Raya 2013/14 di sini hari ini.
Siaran radio swasta yang menumpukan aspek keselamatan di jalan raya bertemakan 'Radio Yang Pertama Untuk Informasi Auto, Sukan Permotoran dan Lalu Lintas' dengan konsep penyiaran jalur lebar 4GLTE itu boleh didengar dengan melayari laman web www.highway.fm.
Tambah Jailani, menurut laporan Kolaborasi Keselamatan Jalan Raya Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNRSC), sebanyak 1.24 juta orang maut manakala antara 20 dan 50 juta lagi mengalami kecederaan ekoran kemalangan setiap tahun di negara-negara membangun termasuk Malaysia.
"Antara faktor dipercayai membawa kepada kemalangan jalan raya disebabkan gangguan pemanduan akibat penggunaan telefon bimbit," ujarnya.
Sementara itu, Ketua Trafik Pasukan Ibu Pejabat Polis Bukit Aman, Datuk Abdul Aziz Yusof berkata, pihaknya mengalu-alukan peranan stesen radio tersebut yang dapat menjadi platform bagi menyampaikan maklumat trafik selain program kesedaran mengenai keselamatan jalan raya.
"Kita harap ia dapat memberi kesedaran kepada pengguna jalan raya terutama penunggang motosikal.
"Melalui kempen yang akan dijalankan juga diharap akan membantu mengurangkan kadar kemalangan jalan raya," ujarnya.
Dalam pada itu, Ketua Pegawai Eksekutif Highway FM Media, Azmi Mohd. Noor berkata, buat masa ini pihaknya akan bersiaran secara dalam talian.
"Kita akan bersiaran 24 jam sehari dengan barisan deejay berpengalaman bagi mendekati orang ramai terutama pengguna jalan raya," ujarnya. - UTUSAN

No comments:
Post a Comment