My Add

Tuesday, 18 June 2013

Prosedur pengambilan pekerja asing dikaji semula

PUTRAJAYA, SELASA, 18 Jun, 2013: Kementerian Dalam Negeri (KDN) akan mengkaji semula prosedur pengambilan pekerja asing bagi memastikan tiada penindasan terhadap mereka.

Menteri berkenaan Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata prosedur baharu nanti akan turut menyentuh soal pelindungan insurans secukupnya, serta bayaran gaji yang setara dengan kerja yang dilakukan.

"Pekerja asing (ketika ini) berhutang RM26 juta dengan hospital kerajaan bagi khidmat perubatan, dan perkara ini juga kami akan tekankan dalam kajian semula itu," katanya pada sidang akhbar selepas Perhimpunan Bulanan KDN di sini hari ini. - BERNAMA

No comments:

Post a Comment