My Add

Wednesday, 19 June 2013

Skuad Pengguna kakitangan awam pantau harga barang

PULAU PINANG, RABU, 19 Jun, 213: Kira-kira 35,000 ahli Skuad Pengguna yang terdiri daripada penjawat awam di seluruh negara akan memantau harga barangan dan perkhidmatan bagi memastikannya tidak naik berikutan kenaikan gred gaji mereka mulai 1 Julai ini.

Presiden Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Di Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS), Datuk Omar Osman berkata, tiada sebab dan adalah tidak adil untuk peniaga atau pengusaha perkhidmatan menaikkan harga produk masing-masing disebabkan kenaikan gaji kakitangan awam.

Menurutnya, golongan tersebut seharusnya bersyukur kerana kenaikan gaji kakitangan awam akan meningkatkan kuasa beli seterusnya menambah keuntungan mereka.

"Mulai hari ini, Skuad Pengguna yang ada kad keahlian boleh melapor terus kepada Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) atau CUEPACS mengenai nama syarikat yang tidak bertanggungjawab menaikkan harga barang terutama barangan terkawal," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan persidangan perwakilan CUEPACS Pulau Pinang di sini hari ini. - UTUSAN ONLINE

No comments:

Post a Comment