My Add

Wednesday, 19 June 2013

SPRM tingkat keselamatan pegawainya ekoran 2 ugugtan

KUALA LUMPUR, RABU,9 Jun, 2013: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mengambil keputusan untuk meningkatkan tahap keselamatan para pegawainya ekoran berlaku dua kejadian ugutan yang mengancam nyawa dan harta milik pegawai agensi itu dalam tempoh seminggu.

SPRM dalam kenyataan di sini hari ini menyatakan, dalam kejadian terbaharu pada Sabtu lalu, kereta milik seorang pegawai yang diletak di kediamannya di Presint 9, Putrajaya telah mengalami kerosakan teruk.

Menurut kenyataan itu, satu laporan polis telah dibuat berhubung kejadian tersebut dan kes berkenaan kini dalam siasatan. - UTUSAN ONLINE

No comments:

Post a Comment