![]() |
* RAJA Mohamed Affandi Raja Mohamed Noor memberi tabik hormat kepada anggota tentera semasa Perbarisan Perintah Ulung di Dataran Panglima Tentera Darat, Kem Perdana, Sungai Besi, Kuala Lumpur, semalam. |
Beliau berkata, teras pertama merangkumi kesatuan yang menjadi faktor penentu keutuhan angkatan bersenjata itu untuk terus memberikan komitmen tinggi dalam menjamin kelangsungan organisasi tersebut.
"Semangat setiakawan merupakan aspek penting yang perlu sentiasa ada dan dipupuk dalam diri setiap Tentera Darat kerana elemen itu merupakan sendi yang mengukuhkan kekuatan ketumbukan tersebut.
"Barisan kepimpinan berwibawa juga amat diperlukan kerana faktor itu menjadi penentu kepada kejayaan pasukan. Justeru, saya berharap keseluruhan pemimpin di semua peringkat perlulah menjadi seorang individu yang unggul dan diyakini," katanya.
Beliau berucap dalam majlis Perbarisan Perintah Ulung di Dataran Panglima Tentera Darat, Kem Perdana, Sungai Besi dekat sini hari ini.
Tambahnya, aspek seterusnya merangkumi kepentingan profesionalisme, keterampilan dan memiliki kemahiran tinggi.
"Memandangkan organisasi ketenteraan khususnya Tentera Darat dibentuk berorientasikan misi, justeru elemen profesionalisme, berketerampilan serta berkemahiran sangat penting dalam memperkukuh dan memangkinkan keunggulan pasukan berkenaan.
"Penekanan aspek tersebut juga dapat membantu menangani kesilapan dalam mengurus, penyalahgunaan kuasa dan sebarang bentuk penyelewengan," katanya.
Jelasnya, kesiapsiagaan turut menjadi aspek yang perlu dirancang dan dilaksanakan oleh keseluruhan tampuk pemerintahan Tentera Darat.
"Tentera Darat perlu sentiasa bersedia dalam apa jua keadaan sekalipun, merangkumi semua peringkat, baik anggota sehingga keseluruhan organisasi, daripada selaras senjata sehingga sebesar-besar sistem dan senaskhah manual hinggalah ke sebuah doktrin," katanya.
"Kesemua itu perlu diselenggara dan diaudit dengan baik menggunakan elemen manusia, mesin dan kaedah bagi menentukan kesiapsiagaan pasukan yang berupaya beroperasi dalam pelbagai spektrum peperangan," katanya.
Tambahnya, akhir sekali elemen perhubungan tentera dan awam turut menjadi agenda penting sepanjang perkhidmatan beliau nanti.
"Selaras dengan pendekatan transformasi kerajaan, tentera darat perlu melibatkan diri dalam agenda nasional ini.
"Kita seharusnya bersama kerajaan membantu mensejahterakan rakyat, sekali gus mengukuhkan hubungan antara tentera darat dengan agensi lain," katanya. - UTUSAN

No comments:
Post a Comment