Yazid Sufaat, rakan dibicara di Mahkamah Tinggi
Oleh NORLIZAH ABAS
PUTRAJAYA, SELASA, 18 Jun, 2013: Mahkamah Rayuan hari ini memutuskan kes terhadap bekas tahanan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA), Yazid Sufaat dan rakannya, Muhammad Hilmi Hasim berkaitan tuduhan melibatkan keganasan, dikembalikan ke Mahkamah Tinggi untuk perbicaraan.
Panel tiga hakim diketuai oleh Datuk Seri Abu Samah Nordin yang bersidang bersama Datuk Azahar Mohamed dan Datuk Mohd. Zawawi Salleh memutuskan demikian selepas membenarkan rayuan pendakwa raya.
Pendakwa raya mengemukakan rayuan setelah tidak berpuas hati dengan keputusan Mahkamah Tinggi pada 20 Mei lalu yang melepas dan membebaskan Yazid, Muhammad Hilmi dan suri rumah, Halimah Husein daripada pertuduhan menggalakkan keganasan untuk memajukan ideologi dengan niat mengugut orang awam di Syria, tahun lalu. - UTUSAN ONLINE
No comments:
Post a Comment