My Add

Monday 15 July 2013

11 syarikat dibenar eksport sarang burung walit ke China

KUALA LUMPUR, ISNIN, 15 Julai, 2013: Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini mengumumkan kerajaan China memberi kelulusan kepada 11 syarikat Malaysia untuk menyambung semula eksport sarang burung walit ke negara berkenaan, tertakluk kepada beberapa syarat.

Perdana menteri berkata keputusan itu akan membolehkan industri sarang burung walit negara dipulihkan selepas eksport produk berkenaan ke China tergendala lebih dua tahun.

Najib berkata beliau akan meminta Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani serta Kementerian Kesihatan untuk mengambil tindakan susulan segera berhubung perkara itu.

"Isu sarang burung ini penting memandangkan ramai orang terlibat dan telah tergendala sekian lama. Dua tahun tak dapat eksport sebab itu harga sarang burung merudum. Dengan keputusan ini, maka dalam masa yang tak berapa lama lagi industri sarang burung dapat dipulihkan.

"(Duta Khas ke China) Tan Sri Ong Ka Ting telah melakukan pelbagai usaha dengan kerajaan China sehingga mereka beri kelulusan istimewa kepada Malaysia," kata Najib kepada pemberita selepas menerima kunjungan delegasi dari Wilayah Autonomi Guangxi Zhuang di pejabatnya di Parlimen di sini, hari ini. - BERNAMA 

No comments:

Post a Comment