My Add

Thursday 18 July 2013

112,396 peneroka Felda terima duit raya RM32.3 juta

 * NAJIB Razak bersama Menteri Besar Perak, Datuk Seri Dr. Zambry Abd Kadir bersalaman dengan para jemaah warga Felda ketika menghadiri program Ihya' Rahmat Ramadhan Warga Felda, di Felda Gunung Besout 2, Trolak hari ini. - UTUSAN
TANJUNG MALIM, RABU, 17 Julai, 2013: Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini mengumumkan pembayaran wang raya Aidilfitri berjumlah RM32.3 juta kepada kesemua 112,396 peneroka Felda di seluruh negara.

Perdana Menteri mengumumkan berita gembira itu dalam Program Ihya Rahmat Ramadan Warga Felda Kebangsaan 2013 di Felda Gunung Besout 2, Sungkai, dekat sini.

Beliau berkata, setiap peneroka yang bersama dengan Felda akan menerima RM300 setiap seorang manakala mereka yang tidak bersama Felda masing-masing akan menerima RM150.

"Duit raya ini kurang sedikit sebab harga sawit sudah turun. Saudara-saudari sekalian sudah dapat bonus, jadi RM300 itu kira munasabah dan mereka yang tidak bersama Felda kita beri juga tetapi separuh iaitu RM150," katanya.

Pembayaran duit raya kepada peneroka dilaksanakan oleh Felda setiap tahun sejak 2003. - UTUSAN ONLINE 

No comments:

Post a Comment