My Add

Monday 22 July 2013

13 sekeluarga dibunuh di Syria

BEIRUT, ISNIN, 22 Julai, 2013: Tentera yang setia kepada Presiden Bashar al-Assad membunuh sekurang-kurangnya 13 anggota dari sebuah keluarga di sebuah perkampungan Sunnah di Baida, semalam.

Pengarah Pertubuhan Pemantau Hak Asasi Manusia bagi Syria, Rami Abdelrahman berkata, empat wanita dan enam kanak-kanak merupakan antara mangsa yang terbunuh di kampung itu, pembunuhan beramai-ramai kedua terbesar di kawasan tengah Syria.

"Seorang saudara mereka datang mencari mereka hari ini dan mendapati lelaki bersenjata sedang melepaskan tembakan dari luar.

"Mayat wanita dan kanak-kanak itu berada di sebuah bilik di rumah itu manakala penduduk sekitar mendakwa, beberapa mayat lain turut dibakar," katanya. - REUTERS/UTUSAN 

No comments:

Post a Comment