My Add

Saturday 27 July 2013

150 tentera Syria terbunuh di Khan al-Assal

BEIRUT, SABTU, 27 Julai, 2013: Sekurang-kurangnya 150 tentera Syria terbunuh dalam pertempuran dengan pemberontak yang cuba menguasai bandar strategik Khan al-Assal, di utara wilayah Aleppo, kata kumpulan pemerhati, semalam.

Badan Pemantau Hak Asasi Manusia Syria, berkata, lebih 50 askar Syria dibunuh pemberontak selepas kejatuhan Khan al-Assal pada Isnin lalu manakala selebihnya terbunuh dalam pertempuran ketika tentera yang setia kepada Presiden Bashar al-Assad mempertahankan kubu terakhir mereka di barat wilayah Aleppo.

30 daripada yang berjaya dibunuh dalam dua pertempuran itu merupakan pegawai tentera Syria.

Pemberontak telah berbulan-bulan cuba menguasai bandar itu dan ia akhirnya jatuh ke tangan mereka namun pertempuran masih terus berlaku selepas itu. - AFP/UTUSAN 

No comments:

Post a Comment