My Add

Wednesday 17 July 2013

150,000 pelatih bakal ikuti PLKN tahun depan

KUALA LUMPUR, SELASA, 16 Julai, 2013: Seramai 150,000 pelatih akan mengikuti Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) bermula Januari tahun depan, meningkat 10,000 orang berbanding tahun ini, kata Timbalan Menteri Pertahanan, Datuk Abdul Rahim Bakri.

Beliau berkata, pertambahan pelatih itu dibuat berikutan ramai remaja Malaysia yang memohon mengikuti latihan tiga bulan itu secara sukarela.

"Pertambahan ini juga bertujuan memberi peluang kepada lebih ramai remaja mengikuti PLKN," katanya pada sidang media selepas melancarkan Pemilihan PLKN Siri 11/2014 di Wisma Pertahanan di sini hari ini.

Turut hadir Ketua Setiausaha Kementerian Pertahanan, Datuk Seri Ismail Ahmad dan Ketua Pengarah Jabatan Latihan Khidmat Negara, Datuk Abdul Hadi Awang Kechil.

Beliau berkata, 150,000 pelatih itu dipilih secara rawak daripada 526,280 remaja yang dilahirkan pada 1996 bagi menjalani latihan berkenaan.

Jumlah itu merangkumi 55 peratus lelaki dan bakinya perempuan dengan komposisi kaum ditetapkan 60 peratus Bumiputera, Cina (28 peratus), India (10 peratus) dan dua peratus adalah lain-lain kaum.

Abdul Rahim berkata, remaja yang lahir pada 1996 boleh menyemak sama ada mereka terpilih mengikuti PLKN bagi siri 11 itu mulai Ogos depan melalui laman web - UTUSAN

No comments:

Post a Comment