My Add

Tuesday 23 July 2013

17 GRO warga China ditahan di Melaka Raya
Oleh NORLIZA MOHAMAD ZAKARIA

MELAKA, SELASA, 23 Julai, 2013: Jabatan Imigresen menahan sebanyak 17 gadis pelayan pelanggan (GRO) warga China dalam serbuan di sebuah pusat hiburan di Melaka Raya di sini malam tadi.

Operasi yang bermula pukul 9 malam itu disertai 15 pegawai dan anggota diketuai dua timbalan penolong pengarah jabatan itu, Salmah Omar dan Mohd. Yusof Hashim.

Menurut Timbalan Pengarah Imigresen negeri, Mohammad Azlan Jawawi, dalam operasi tersebut sebanyak 30 orang pelanggan dan pekerja premis berusia antara 23 hingga 32 tahun telah diperiksa.

Beliau berkata, daripada jumlah tersebut, sebanyak 17 orang GRO ditahan setelah enam daripadanya melanggar syarat pas lawatan manakala 11 lagi gagal mengemukakan sebarang dokumen perjalanan.

"Ketika serbuan dibuat ada di antara mereka cuba melarikan diri, ada yang sedang leka menyertai uji bakat nyanyian dan dua lagi bersembunyi dalam tandas lelaki.

"Dua GRO yang bersembunyi dalam tandas lelaki itu berusia 23 dan 24 tahun, memiliki pas lawatan sosial jangka panjang sebagai isteri warganegara dan telah setahun berkahwin dengan rakyat negara ini," katanya dalam sidang akhbar di pejabat Imigresen negeri Ayer Keroh hari ini. - UTUSAN ONLINE

No comments:

Post a Comment