My Add

Monday 15 July 2013

2 bom meletup, 23 terkorban

BAGHDAD, ISNIN, 15 Julai, 203: Dua butir bom meletup berhampiran bandar Iraq semalam dan mengorbankan 23 orang yang berkumpul selepas menunaikan solat Maghrib, semalam.

Sebuah kereta yang dipenuhi dengan bahan letupan meletup berhampiran Masjid Mulla Hwesh, daerah Jamia, di barat negara ini menyebabkan tujuh orang terbunuh, manakala seorang pengebom berani mati meletupkan diri di selatan kawasan kejiranan di Doura menyebabkan 16 orang terkorban.

Keganasan ini adalah sebahagian daripada kempen berterusan serangan kumpulan militan sejak awal tahun yang mendorong kebimbangan konflik lebih luas di negara ini. - REUTERS/UTUSAN 

No comments:

Post a Comment