My Add

Sunday 28 July 2013

2 buruh maut dihempap lantai runtuh

Oleh AZIZI MAJID

JOHOR BAHRU, AHAD, 28 Julai, 2013: Dua buruh binaan warganegara Indonesia maut selepas lantai tingkat satu projek pembinaan sebuah pasar raya borong terkemuka di Jalan Taman Pelangi Indah, di sini runtuh dan menghempap mereka semalam.

Kejadian berlaku kira-kira pukul 3.30 petang apabila kedua-dua mangsa yang dikenali sebagai Aripen, 24, dan Asmawi, 27, sedang membaiki keretakan besi tetulang pada lantai di aras bawah bangunan.

"Ketika menjalankan kerja-kerja membaiki kerosakan tersebut, secara tiba-tiba lantai konkrit tingkat satu yang masih dalam keadaan basah runtuh dan menghempap kedua-dua mangsa.

"Siasatan awal mendapati runtuhan berpunca daripada besi perancah bangunan berkenaan tidak mampu menampung berat beban konkrit berkenaan," katanya di sini hari ini.

Zainuddin berkata, kerja-kerja menyelamat berdepan kesukaran kerana keadaan lokasi kejadian yang dipenuhi dengan timbunan besi selain keadaan simen konkrit yang menghempap mangsa mula mengeras. - UTUSAN ONLINE 

No comments:

Post a Comment