My Add

Thursday 18 July 2013

2 petani didakwa ambil hasil hutan tanpa kebenaran

SUNGAI PETANI, KHAMIS, 18 Julai, 2013: Dua petani mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Sungai Petani hari ini terhadap pertuduhan mengambil hasil hutan tanpa kebenaran di Gunung Jerai, dekat sini pada Februari lepas.

Musa Awang, 47, dan Abd Kadir Shaari, 60, didakwa secara bersama mengambil hasil hutan tanpa kebenaran di Hutan Simpan Gunung Jerai, Mukim Gurun, dekat sini pada 6.45 petang, 23 Feb lepas.

Kedua-dua mereka didakwa mengikut Seksyen 81(1)(d) Akta Perhutanan Negara 1984 yang membawa hukuman penjara tidak lebih tiga tahun atau denda sehingga RM10,000 atau kedua-keduanya jika sabit kesalahan.

Hakim Ikmal Hishan Mohd. Tajuddin membenarkan Musa dari Kampung Perupok dan Abd Kadir dari Kampung Titi Serong, Yan, masing-masing diikat jamin RM4,000 dengan seorang penjamin dan menetapkan 27 Ogos sebagai tarikh penyerahan dokumen dan pelantikan peguam bela.

Mereka membayar wang jaminan.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Jabatan Perhutanan Nur Idayu Amir. - BERNAMA 

No comments:

Post a Comment